Khamis, 24 September 2009

...taqabbal Allahu minna wa minkum...

Program Penyampaian Sumbangan kepada Pengguna Bas Ekpress

Jumaat, 18 Sept. 2009
Terminal Bas Ekspres Kangar

Antara penumpang yang menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ustaz Yaakub

Berberapa aktivis cawangan telah bersama2 dgn pimpinan pemuda negeri telah menjayakan program ini yg berlangsung sekitar 6 petang - 8 malam. Sumbangan yg disampaikan berupa juadah berbuka puasa, kad ucapan aidilfitri dan juga topeng penutup mulut bagi kegunaan penumpang sepanjang perjalanan mereka ke destinasi masing2. Program yang berlangsung secara santai ini menarik perhatian masyarakat sekitar lokasi dalam usaha menyatuni mereka di lapangan awam.



Ustaz Yaakub Seman yang juga ketua DPP Negeri memimpin program penyerahan sumbangan ini menaiki setiap bas yg bakal bertolak dan berjaya menyampaikan sekitar 200 hamper sumbangan kepada penumpang, pemandu bas. Tidak ketinggalan saudara mara penumpang yang turut berada di terminal tersebut.

Program berakhir dengan majlis iftar dan solat maghrib berjamaah yang turut disertai anggota2 penguatkuasa, pemandu2 teksi dan penumpang2 yg bakal bertolak pada sebelah malam.

Solat Maghrib sesudah majlis iftar.