Khamis, 24 September 2009

...taqabbal Allahu minna wa minkum...

Program Penyampaian Sumbangan kepada Pengguna Bas Ekpress

Jumaat, 18 Sept. 2009
Terminal Bas Ekspres Kangar

Antara penumpang yang menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ustaz Yaakub

Berberapa aktivis cawangan telah bersama2 dgn pimpinan pemuda negeri telah menjayakan program ini yg berlangsung sekitar 6 petang - 8 malam. Sumbangan yg disampaikan berupa juadah berbuka puasa, kad ucapan aidilfitri dan juga topeng penutup mulut bagi kegunaan penumpang sepanjang perjalanan mereka ke destinasi masing2. Program yang berlangsung secara santai ini menarik perhatian masyarakat sekitar lokasi dalam usaha menyatuni mereka di lapangan awam.



Ustaz Yaakub Seman yang juga ketua DPP Negeri memimpin program penyerahan sumbangan ini menaiki setiap bas yg bakal bertolak dan berjaya menyampaikan sekitar 200 hamper sumbangan kepada penumpang, pemandu bas. Tidak ketinggalan saudara mara penumpang yang turut berada di terminal tersebut.

Program berakhir dengan majlis iftar dan solat maghrib berjamaah yang turut disertai anggota2 penguatkuasa, pemandu2 teksi dan penumpang2 yg bakal bertolak pada sebelah malam.

Solat Maghrib sesudah majlis iftar.

Sabtu, 29 Ogos 2009

JENAYAH UMNO-BN

Jika mahu bercakap soal Melayu, Muslim dan hero-hero pembelanya, jawablah soalan ini…

Siapakah yang menyekat kewangan pusat kepada kerajaan ‘Melayu’ dan ‘Muslim’ di Terengganu dan Kelantan? BN, UMNO.

1. Siapakah yang menggadaikan tanah rezab orang Melayu? BN, UMNO.

2. Siapakah yang meminggirkan Bahasa Melayu dan sastera Melayu? BN, UMNO.

3. Siapakah yang menyekat ilmuan Melayu, ilmuan Muslim dengan segala ancaman, ugutan, hingga masjid dan surau lebih baik dibiarkan sepi daripada makmur dengan pengajian yang tidak serasi dengan kehendak politik? BN, UMNO.

4. Siapakah yang gagal melaksanakan DEB yang diformulakan sendiri oleh mereka untuk kononnya membantu orang Melayu? BN, UMNO.

5. Siapakah yang memerintah ketika Melayu Muslim Pulau Pinang terpinggir dan akhirnya merempat di tanah sendiri? BN,, UMNO, Gerakan…

Kita kehilangan segala-galanya di bawah Barisan Nasional, di bawah UMNO. Mengapa harus ada kepercayaan bahawa BN masih relevan sebagai tempat meletak harapan? Bukan sepenggal, tetapi 50 tahun. Semakin lama UMNO dan BN berkuasa, semakin mereka lupa. Usahkan mahu membantu mengatasi kemiskinan Cina dan India, bangsa sendiri pun mereka lupa.

UMNO adalah masalah Melayu. Mereka juga masalah Cina dan India, serta kaum lain yang menghuni Malaysia.

Peluang untuk UMNO dan BN sudah tamat. Untuk menamatkannya, hanya strategi 1 lawan 1 sahaja yang mampu menundukkannya. Di mana-mana kawasan BN berdepan dengan PR, maka PAS,PKR & DAP itulah yang perlu dipilih.
Tidak mengundi adalah keputus asaan.
Mengundi BN adalah suatu kebodohan.
petikan& sedikit ubahsuai: saifulislam.com
DIALOG KAMPUNG
DIALOG 1
-...Esuk dalam kuboq malaikat bukan tanya hang AMNO ka PAIH..yang hangpa dok tentu syurga ka neraka oghang..
+ MCMANA PULAK HANGPA TAU MALAIKAT TAK TANYA??? ADA SAPA2 PENAH MANGKIT DARI KUBOG KATA MALAIKAT TANYA KA TAK TANYA PASAI BENDA NI??
DIALOG 2
+ Dok cakap pasai Islam, bini sendiripun tak bleh nak suruh tutup orat..
- Biagpi kat dia la..bini dia..tanggungjawab dia hang nak sibok pasaipa??
+ 1. DIA DOSA SEBAB TAK UBAH BINI DIA.
2. DIA DOSA SEBAB BAGI HANGPA SOKONG DIA
HANGPA TAK KESIAN KAT DIA KA? BINI DIA DGN HANGPA JADI TANGGUNGJAWAB DIA? DOSA DIA, BINI DGN HANGPA SEKALI DIA TANGGUNG..SAYANG SUNGGUH HANGPA KAT PEMIMPIN

Ahad, 23 Ogos 2009


Salam Ramadhan 1430H.

Mohon maaf buat semua, moga ramadhan ini menyemarakkan perjuangan -meninggikan kalimah tauhid, membanteras kezaliman.

Jumaat, 17 Julai 2009

Jika PAS Sudi Mendengar

Disiarkan pada Jul 17, 2009 petikan drmaza.com

Oleh kerana perkataan Islam disebut dalam nama PAS, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain.

Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat. Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan ‘orang lain’ lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?

Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!! Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir. Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina.

Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu ‘Kerajaan Perpaduan’. Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

Saya bukan bermusuh dengan PAS, tapi saya memberi teguran sebagai seorang muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga. Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan”.

- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.
kebun sireh
Saya akui bahawa sikap negatif ini ada pada sesiapa saja akibat perasaan benci yang mendalam terhadap "jasa-jasa" UMNO dipelbagai peringkat. Lebih2 lagi mereka di kampung yang berhaluan kiri ini didiskriminasikan dalam banyak hal dan inilah antara punca mengapa caci maki kata nista ini spontan keluar dari kawalan lidah. Para Bloggers pula adalah suara terpinggir sejak sekian lama, sehingga ruang maya ini terbuka memberi ruang untuk menelanjangi sejarah terpendam - dan adakalanya terbabas. Sehingga sesiapapun yang berbeza pendapat dalam ruang lingkup siasah ini terkenalah tempiasnya. Ya, di saat ini ramai yang terpelajar mampu untuk menganalisa setiap isu semasa yang berlaku. Bagaimanapun saya berstuju agar pimpinan PAS di setiap peringkat memperbaiki kelemahan ini untuk memastikan Islam itu terzahir dari tutur kata yang bersih.

salam ukhuwah.
khususnya muslimin muslimat di kampung nan indah ini juga kepada sahabat2 diluar sana, di mana saja bumi Allah ini.

Moga diberikanNYA jalan kebenaran.
Iltizam dan kekuatan untuk terus melangkah.
Sehingga arus yang ditentang ini kembali ke jalan fitrah.

Demi menegakkan kebenaran dan keadilan - kerana Allah Rabbul Alamin.