Sabtu, 29 Ogos 2009

JENAYAH UMNO-BN

Jika mahu bercakap soal Melayu, Muslim dan hero-hero pembelanya, jawablah soalan ini…

Siapakah yang menyekat kewangan pusat kepada kerajaan ‘Melayu’ dan ‘Muslim’ di Terengganu dan Kelantan? BN, UMNO.

1. Siapakah yang menggadaikan tanah rezab orang Melayu? BN, UMNO.

2. Siapakah yang meminggirkan Bahasa Melayu dan sastera Melayu? BN, UMNO.

3. Siapakah yang menyekat ilmuan Melayu, ilmuan Muslim dengan segala ancaman, ugutan, hingga masjid dan surau lebih baik dibiarkan sepi daripada makmur dengan pengajian yang tidak serasi dengan kehendak politik? BN, UMNO.

4. Siapakah yang gagal melaksanakan DEB yang diformulakan sendiri oleh mereka untuk kononnya membantu orang Melayu? BN, UMNO.

5. Siapakah yang memerintah ketika Melayu Muslim Pulau Pinang terpinggir dan akhirnya merempat di tanah sendiri? BN,, UMNO, Gerakan…

Kita kehilangan segala-galanya di bawah Barisan Nasional, di bawah UMNO. Mengapa harus ada kepercayaan bahawa BN masih relevan sebagai tempat meletak harapan? Bukan sepenggal, tetapi 50 tahun. Semakin lama UMNO dan BN berkuasa, semakin mereka lupa. Usahkan mahu membantu mengatasi kemiskinan Cina dan India, bangsa sendiri pun mereka lupa.

UMNO adalah masalah Melayu. Mereka juga masalah Cina dan India, serta kaum lain yang menghuni Malaysia.

Peluang untuk UMNO dan BN sudah tamat. Untuk menamatkannya, hanya strategi 1 lawan 1 sahaja yang mampu menundukkannya. Di mana-mana kawasan BN berdepan dengan PR, maka PAS,PKR & DAP itulah yang perlu dipilih.
Tidak mengundi adalah keputus asaan.
Mengundi BN adalah suatu kebodohan.
petikan& sedikit ubahsuai: saifulislam.com
DIALOG KAMPUNG
DIALOG 1
-...Esuk dalam kuboq malaikat bukan tanya hang AMNO ka PAIH..yang hangpa dok tentu syurga ka neraka oghang..
+ MCMANA PULAK HANGPA TAU MALAIKAT TAK TANYA??? ADA SAPA2 PENAH MANGKIT DARI KUBOG KATA MALAIKAT TANYA KA TAK TANYA PASAI BENDA NI??
DIALOG 2
+ Dok cakap pasai Islam, bini sendiripun tak bleh nak suruh tutup orat..
- Biagpi kat dia la..bini dia..tanggungjawab dia hang nak sibok pasaipa??
+ 1. DIA DOSA SEBAB TAK UBAH BINI DIA.
2. DIA DOSA SEBAB BAGI HANGPA SOKONG DIA
HANGPA TAK KESIAN KAT DIA KA? BINI DIA DGN HANGPA JADI TANGGUNGJAWAB DIA? DOSA DIA, BINI DGN HANGPA SEKALI DIA TANGGUNG..SAYANG SUNGGUH HANGPA KAT PEMIMPIN

Ahad, 23 Ogos 2009


Salam Ramadhan 1430H.

Mohon maaf buat semua, moga ramadhan ini menyemarakkan perjuangan -meninggikan kalimah tauhid, membanteras kezaliman.